Rabu, 8 Februari 2012

Transformasi diri


PADA setiap awal tahun, keazaman mula memuncak dalam diri kita. Jika keazaman itu tidak disusuli dengan tindakan, maka ia akan menjadi semakin pudar dan akhirnya akan berkubur tanpa membawa apa-apa manfaat kepada kita.Dalam hal ini satu bentuk transformasi diri harus dilakukan agar keazaman yang ada apda diri mampu dilaksanakan. Transformasi membawa pengertian perubahan yang lebih difokuskan pada perubahan dalaman. perubahan ini meliputi beberapa komponen dalam diri kita yang berkaitan antara satu sama lain.Ia bermula dengan emosi dan perasaan yang mampu memberi sumbangan terhadap keceriaan diri.


Keceriaan diri ini akan melonjakkan kehendak iaitu komponen kedua dalam diri kita.Kehendak mempunyai pengaruh sama ada memberi kekuatan atau membawa kelemahan pada diri. Jika kehendak itu mempunyai kekuatan maka seseorang itu sanggup menghadapi sebarang cabaran. Sebaliknya jika kehendak dikuasai dengna kelemahan, maka seseorang itu mudah berputus asa atau cepat melahirkan rasa kekecewaan.Kehendak pula akan mempunyai komponen seterusnya iaitu kepecayaan. Kepercayaan diri sendiri akan mengukuhkan keyakinan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Seseorang yang tidak percaya pada kebolehan diri sering mencari alasan untuk tidak melibatkan diri dalam sesuatu aktivitiyang mampu memberi manfaat pada dirinya.Setiap kehendak akan memberi satu harapan yang merupakan satu lagi komponen yang penting dalam proses transformasi diri.


Setiap tindakan akan menemui kejayaan jika seseorang itu mempunyai harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang dikehendaki.Harapan merupakan tahap yang tinggi dalam komponen transformasi diri. Seseorang yang mempunyai harapan mampu melaksanakan segala bentuk tugasan yang ditempuhi demi mencapai harapannya ke arah kejayaan. harapan mampu mengukuhkan semangat yang menjadi seolah-olah ''penunggu'' pada diri kita.Jika harapan ini memuncak maka suntikan semangat akan berlaku dan seseorang itu akan bertindak hingga mampu mencapai kejayaan secara luar biasa seperti memperoleh kecemerlangan di peringkat yang paling tinggi.Akhirnya kesemua empat komponen tersebut akan menentukan pembentukan sikap pada diri. Sikap terbentuk apabila segala tindakan dijadikan alaman sepanjang kehidupan.

Sikap tidak boleh dibuat-buat malah ia merupakan satu salutan ciri-ciri kualiti diri yang sebati pada diri manusia. Sikap yang sebati ini;ah yang mapu mentransformasikan diri secara ikhlas, sistematik dan praktik.Apabila sikap yang baik terbentuk pada diri manusia, individu itu tidak mudah goyah dengan segala bentuk dakyah yang boleh menguji keimanan dan keunggulannya.
Dipetik daripada portal pendidikan utusan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan