Khamis, 9 Februari 2012

Mesyuarat AJK MGC Kota tinggi.


Assalamualaikum .... kepada semua AJK MGC kota Tinggi di harap dapat menghadirkan diri pada :
Tarikh : 16 februari 2012 (khamis)
Jam : 2.15 petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat Tun Teja , SMK Bandar Kota Tinggi
Pengerusi : En Sahri bin Amat Penolong PPD Pembangunan Profesional.
Sebarang pertanyaan boleh menghubunggi En. Jamaluddin Zakaria Pengerusi MGC kota Tinggi di talian 013-7489440.
Harap maklum dan Terima kasih.

Rabu, 8 Februari 2012

Transformasi diri


PADA setiap awal tahun, keazaman mula memuncak dalam diri kita. Jika keazaman itu tidak disusuli dengan tindakan, maka ia akan menjadi semakin pudar dan akhirnya akan berkubur tanpa membawa apa-apa manfaat kepada kita.Dalam hal ini satu bentuk transformasi diri harus dilakukan agar keazaman yang ada apda diri mampu dilaksanakan. Transformasi membawa pengertian perubahan yang lebih difokuskan pada perubahan dalaman. perubahan ini meliputi beberapa komponen dalam diri kita yang berkaitan antara satu sama lain.Ia bermula dengan emosi dan perasaan yang mampu memberi sumbangan terhadap keceriaan diri.


Keceriaan diri ini akan melonjakkan kehendak iaitu komponen kedua dalam diri kita.Kehendak mempunyai pengaruh sama ada memberi kekuatan atau membawa kelemahan pada diri. Jika kehendak itu mempunyai kekuatan maka seseorang itu sanggup menghadapi sebarang cabaran. Sebaliknya jika kehendak dikuasai dengna kelemahan, maka seseorang itu mudah berputus asa atau cepat melahirkan rasa kekecewaan.Kehendak pula akan mempunyai komponen seterusnya iaitu kepecayaan. Kepercayaan diri sendiri akan mengukuhkan keyakinan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Seseorang yang tidak percaya pada kebolehan diri sering mencari alasan untuk tidak melibatkan diri dalam sesuatu aktivitiyang mampu memberi manfaat pada dirinya.Setiap kehendak akan memberi satu harapan yang merupakan satu lagi komponen yang penting dalam proses transformasi diri.


Setiap tindakan akan menemui kejayaan jika seseorang itu mempunyai harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang dikehendaki.Harapan merupakan tahap yang tinggi dalam komponen transformasi diri. Seseorang yang mempunyai harapan mampu melaksanakan segala bentuk tugasan yang ditempuhi demi mencapai harapannya ke arah kejayaan. harapan mampu mengukuhkan semangat yang menjadi seolah-olah ''penunggu'' pada diri kita.Jika harapan ini memuncak maka suntikan semangat akan berlaku dan seseorang itu akan bertindak hingga mampu mencapai kejayaan secara luar biasa seperti memperoleh kecemerlangan di peringkat yang paling tinggi.Akhirnya kesemua empat komponen tersebut akan menentukan pembentukan sikap pada diri. Sikap terbentuk apabila segala tindakan dijadikan alaman sepanjang kehidupan.

Sikap tidak boleh dibuat-buat malah ia merupakan satu salutan ciri-ciri kualiti diri yang sebati pada diri manusia. Sikap yang sebati ini;ah yang mapu mentransformasikan diri secara ikhlas, sistematik dan praktik.Apabila sikap yang baik terbentuk pada diri manusia, individu itu tidak mudah goyah dengan segala bentuk dakyah yang boleh menguji keimanan dan keunggulannya.
Dipetik daripada portal pendidikan utusan.

Strategi bijak belajar


SANTAPAN MINDA OLEH DR. ISMAIL ZAIN
PROSES bijak belajar memerlukan perancangan yang komprehensif oleh guru dan penglibatan yang menyeluruh oleh murid. Sebagai seorang guru yang juga merupakan pereka bentuk pengajaran, anda harus berkemahiran untuk merancang aktiviti pembelajaran murid yang mampu memberi ruang dan peluang mencungkil kreativiti mereka.
Dalam persekitaran teknologi masa kini seseorang guru harus melengkapkan persekitaran bilik darjah dengan kemudahan mengakses maklumat sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau animasi. Bahan seumpama itu boleh didapati dengan mudah dengan memuat turun dari pelbagai sumber maya yang sesuai digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.Kegunaannya bukan sekadar dijadikan bahan contoh atau sebagai set induksi sahaja tetapi dijadikan sumber kepada murid-murid meneroka, menganalisis dan menilai untuk mencari jawapan terhadap penyelesian masalah yang diberi oleh guru.Murid akan menjadi lebih bijak apabila minda mereka sentiasa terangsang untuk berfikir secara lebih luas dan mendalam berdasarkan pemerhatian serta penglibatan mereka.
Untuk itu guru harus menyediakan sesi perbincangan dan persembahan agar murid lebih terdedah dengan maklumat yang dicari sendiri tanpa terlalu banyak bergantung kepada buku teks dan pengajaran guru semata-mata.Latihan ini menggalakkan murid berdikari, mencari punca, sebab, akibat dan mampu membuat justifikasi terhadap apa sahaja isu yang ditimbulkan oleh guru atau rakan sebaya. Dalam proses membuat justifikasi inilah minda mereka terangsang dan proses berkenaan mampu menjadikan daya ingatan mereka sentiasa subur dan aktif.Bagi murid pula, mereka harus bertindakan balas tanpa mudah berputus asa. Hal ini bermaksud murid-murid bukan hanya menggunakan buku untuk mendapat fakta tetapi perlu berbincang dengan rakan-rakan. Perbincangan pula harus digandingkan dengan pembentukan kerangka catatan yang boleh membantu mengingati fakta yang dibincangkan tadi.
Hal ini bermakna proses mengingat sesuatu fakta bukan hanya menghafal sahaja tetapi melibatkan minda yang kreatif, strategi yang menyeronokkan dan penglibatan yang menyeluruh daripada rakan-rakan yang lain.Inilah sebenarnya tuntutan pembelajaran Abad ke-21 yang bertujuan melahirkan anak bangsa yang berpendidikan dan berbudaya fikir.
Dipetik dari portal pendidikan utusan.

Guru cemerlang SBPA?

Catatan kali nie di ambil dari Blog MGC kluang...

Salam,buat
rakan-rakan guru cemerlang, perubahan sistem SSM kepada SBPA meletakan diri kita
bingung dimanakah kedududkan Guru Cemerlag itu sendiri. Pelbagai persoalan
timbul dan membuat kan kita resah gelisah . Adakah GC akan dibubarkan? Apakah
nasib kita sebagai GC? Di manakah kedudukan kita sebagai GC dalam SBPA.
Permasalahan yang bermain di kotak pemikiran kita memudarkan semangat kerja dan
iltizam yang telah dibina sekian tahun lamanya. saya telah menerima banyak
panggilan yang bertanyakan kedudukan GC dalam SBPA.Rakan-rakan
sekelian melalui maklumat yang diterima dari En. Suresh S/U GC Negeri Johor
mengatakan hasil taklimat yang telah dihadiri oleh beliau kedudukan GC adalah
seperti berikut.1.
Guru Cemerlang diletakan di bawah Guru Wibawa mengkut gred
masing-masing2.
Guru Cemerlang boleh melalui 2 laluan untuk ke gred seterusnya
contohnya;
a. mengikut Sistem Baru SBPA 8 tahunh 41, 8 tahun 48 dan 6 tahun
52
b.mengikut fast trek dengan penyeliaan nazir terus ke gred yang seterusnya tak
perlu tunggu 8/6
tahun untuk ke gred seterusnya ( macam biasa) Walau bagaimanapun diharap
semua rakan bertenang kerana SBPA ini baru sahaja diperkenalkan dan sedang
diperkemaskan strukturnya.


Jadi di harap catatan ini dapat memberi penjelasan di mana GC dalam SBPA. Apa-apapun kita tunggu dan lihat.

PERSIDANGAN MGCJ 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia... Sudah lama rasanya blog ini tidak di update. harap maaf sebab admin memang busy sikit. Baiklah..pertama sekali tahniah buat MGC kota Tinggi kerana telah berjaya menganjurkan Persidangan MGC Negeri Johor yang telah mendapat feed back yang positif daripada peserta. Seterusnya MGC Kota Tinggi telah mengadakan mesyuarat AJK dan postmortem di SMK Bandar dan yang terbaru di SMK Air Tawar telah diadakan Kursus Inovasi dan Kajian Tindakan . Jadi lepas nie... GC di kota Tinggi bolelah menghantar penulisan Inovasi mereka dengan format yang betul. Ok itu jeee... stakat nie... jumpa lagi...