Sabtu, 5 Februari 2011

Melwat GC Jamalludin...


Pada 27 Januari 2011, Beberapa orang AJK tertinggi telah meluangkan masa untuk melawat GC Jamal yang dimasukkan ke Wad Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi pada hari selasa 25 JANUARI 2011 kerana disyaki mengalami komplikasi pada bahagian jantung. Keadaan beliau dilaporkan stabil dan semakin cergas dan bersemangat untuk ke Sekolah. Beliau juga sempat memberikan nasihat agar sentiasa menjaga kesihatan walaupun sibuk seharian dengan tugasan masing-masing. kami mendoakan agar GC Jamal cepat sembuh dan kesihatan beliau berada di tahap yang terbaik.

Mesyuarat kali pertama AJK tertinggi MGC Kota Tinggi




Assalamualaikum.. Mesyuarat kali pertama AJK tertinggi MGC Kota Tinggi telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 27 januari 2011 di SMK Bandar bermula jan 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. Banyak isu telah dibincangkan dan beberapa keputusan telah diambil. Walau bagaimanapun segala hasil keputusan mesyuarat akan diberitahu melalui minit mesyuarat yang akan dikeluarkan oleh setiausaha sahaja.. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk satu perjalanan yang panjang... Teruskan berusaha...