Rabu, 4 Mei 2011

Mesyuarat Agung MGC Kota Tinggi.


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia, kepada semua guru cemerlang daerah kota tinggi.. diharap dapat menghadirkan diri pada mesyuarat agung yang akan diadakan di SMK bandar .. jaqm 8.00 pagi. Marilah kita bersama-sama menghadiri mesyuarat agung ini.. untuk kebaikkan kita semua...Jom Meetinggg.....

Sabtu, 5 Februari 2011

Melwat GC Jamalludin...


Pada 27 Januari 2011, Beberapa orang AJK tertinggi telah meluangkan masa untuk melawat GC Jamal yang dimasukkan ke Wad Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi pada hari selasa 25 JANUARI 2011 kerana disyaki mengalami komplikasi pada bahagian jantung. Keadaan beliau dilaporkan stabil dan semakin cergas dan bersemangat untuk ke Sekolah. Beliau juga sempat memberikan nasihat agar sentiasa menjaga kesihatan walaupun sibuk seharian dengan tugasan masing-masing. kami mendoakan agar GC Jamal cepat sembuh dan kesihatan beliau berada di tahap yang terbaik.

Mesyuarat kali pertama AJK tertinggi MGC Kota Tinggi




Assalamualaikum.. Mesyuarat kali pertama AJK tertinggi MGC Kota Tinggi telah selamat dijalankan dengan jayanya pada 27 januari 2011 di SMK Bandar bermula jan 2.30 petang hingga jam 5.30 petang. Banyak isu telah dibincangkan dan beberapa keputusan telah diambil. Walau bagaimanapun segala hasil keputusan mesyuarat akan diberitahu melalui minit mesyuarat yang akan dikeluarkan oleh setiausaha sahaja.. Ini adalah satu permulaan yang baik untuk satu perjalanan yang panjang... Teruskan berusaha...

Rabu, 26 Januari 2011

Mesyuarat kali pertama AJK tertinggi MGC Kota Tinggi




Untuk makluman semua ahli MGC Kota tinggi... pada hari ini akan diadakan mesyuarat kali pertama bagi ajk tertinggi akan diadakan di SMK Bandar Kota Tinggi... jam 2.30 petang yang akan dipengerusikan oleh Penolong PPD Kota Tinggi EN. Sahri bin Ahmmat . Banyak perkara yang akan dibincangkan termasuklan Program Persidangan Guru Cemerlang Peringkat negeri Johor tahun 2011 ini. Jadi pada semua ahli MGC..... TUNGGUUUUU........

Peluang baik untuk semua GC....


Kepada semua GC khususnya yang berada di Kota Tinggi , diharapkan dapat merebut peluang untuk memasuki pertandingan menulis cerpen dan menulis rencana anjuran MGCM. Untuk maklumat lanjut klik kat sini. Jadi kepada yang mempunyai bakat yang memang dah menyerlah tu, ataupun yang masih terpendam dan hanya menunggu masa je nak di serlahkan jangan lepaskan peluang ni. Rugi kalau tak ambil....

TAHUN BARU , AZAM BARU.


Masih tak terlewat kot rasanya untuk menngucapkan selamat tahun baru kepada semua GC khasnya yang berada di Kota Tinggi. Hemm... lama sungguh blog nie tak di update .... Maaflah pada semua GC khasnya pada yang berada di Kota Tinggi ... masalah laptop yang dah agak-agak fening nie ...heheheee....Apa-apapun... selamat tahun baru... dan setiap tahun baru mesti ada azam yang baru.... Apa azam tahun baru nie yek?