Rabu, 24 Mac 2010

MESYUARAT GC KOTA TINGGI KALI KE-2


ALHAMDULILLAH, PADA 25 MAC 2010 (KHAMIS) MGC DAERAH KOTA TINGGI TELAH MENGADAKAN MESYUARAT PENGURUSAN KALI KE-2 BAGI TAHUN 2010. ANTARA PENGISIAN PERJUMPAAN KALI INI ADALAH :
  1. MEMBENTANGKAN LAMAN BLOG DAERAH KOTA TINGGI
  2. PEMBINAAN SOALAN-SOALAN LATIHAN UPSR,PMR DAN SPM.
  3. MENGEMASKINI DATA GC KOTA TINGGI.
  4. PERBINCANGAN LAWATAN MUHIBBAH KE RUMAH PN ZALEHA BT ACHIN. ( AHLI GC YANG SAKIT)

Konsep 1 Malaysia

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:
1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Isnin, 22 Mac 2010

MESYUARAT MGC KOTA TINGGI KALI KEDUA

PERHATIAN KEPADA GC YANG TERLIBAT:

MESYUARAT PENGURUSAN GC KOTA TINGGI KALI KEDUA AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 25 MAC 2010
HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK BANDAR MAS, KOTA TINGGI.
MASA : 8.00 PAGI

AGENDA MESYUARAT :

1. UCAPAN PENGERUSI
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
3. PERKARA BERBANGKIT
4. PEMBINAAN SET SOALAN LATIHAN UPSR, PMR DAN SPM
5. MAKLUMAT/DATA TERKINI
6. HAL-HAL LAIN

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI : PN MAZNITA BT HUSSIN ( S/U 1 )DI TALIAN 07 8236500

TERIMA KASIH.

Isnin, 8 Mac 2010

PERHATIAN KEPADA SEMUA GC KOTA TINGGI

Program Pembinaan Blog Peringkat Negeri ini mungkin akan dipanjangkan kepada fasa yang seterusnya kerana telah dipertanggungjawabkan untuk menyertai pertandingan inovasi berkelompok negeri pada hujung tahun ini. Setiap daerah dikehendaki menyediakan blog yang kreatif dan bermanfaat bagi tujuan pertandingan ini. Johor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai pautan blog setiap daerah..oleh itu rakan-rakan MGC yang dihormati, anda dipersilakan untuk memberi komen yang membina dan memberi sumbangan bahan untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sekian, terima kasih.

Oleh: Pn Norliza Salim (s/u mgc Kota Tinggi)

Khamis, 4 Mac 2010

KATA-KATA ALUAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat datang ke blog MGC Kota Tinggi. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan Majlis Guru Cemerlang serta hal-hal sekitar pendidikan. Selain itu juga adalah bertujuan untuk berkongsi pendapat dan pandangan serta idea-idea baru. Diharapkan agar blog MGC Kota Tinggi ini dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Kami mengalu-alukan komen serta cadangan bagi penambahbaikan maklumat yang terdapat di dalam blog ini. Komen yang membina daripada pembaca budiman amat dialu-alukan.

Rabu, 3 Mac 2010

KURSUS BINA BLOG MGC FASA 2





ALHAMDULILLAH, PADA 04 DAN 05 MAC 2010 INI, SETIAUSAHA MAJLIS GURU CEMERLANG DARI SEMUA DAERAH BERJUMPA KEMBALI UNTUK MENGHADIRI KURSUS BINA BLOG FASA YANG KEDUA BAGI MENGEMASKINI BLOG DAERAH MASING-MASING. NAMPAKNYA, SETIAP PESERTA MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN DAN KREATIVITI MASING-MASING UNTUK MENGHASILKAN BLOG YANG TERBAIK UNTUK DAERAH MEREKA. SEMOGA USAHA MURNI DAN PENGORBANAN INI MENJADI TITIK TOLAK KE ARAH MENUJU KECEMERLANGAN YANG BERTERUSAN. INSYAALLAH....

29 FLAGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR

1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.
i- Pengetua.
ii-Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.
24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.
27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan Khas

Selasa, 2 Mac 2010

MESYUARAT MGC KOTA TINGGI KALI KE-1, 2010












Alhamdulillah..pada 25 Februari 2010 telah berlangsungnya Mesyuarat Guru Cemerlang Kota Tinggi kali ke-1 tahun 2010. Mesyuarat ini diadakan di SMK Laksamana Kota Tinggi yang dihadiri oleh seramai lebih kurang 33 orang ahli. Turut hadir ialah Encik Noor Ishak bin Mohd Salleh , selaku penasihat MGC Kota Tinggi. Beliau banyak memberikan tips-tips yang bermanfaat bagi merealisasikan impian GC untuk menjadi cemerlang dan terus cemerlang kerana perjuangan untuk anak bangsa tiada noktahnya. Antara aktiviti yang dirancang ialah:

  • Mengemaskini data GC Kota Tinggi - tindakan Pegawai Data
  • Bengkel Pembinaan Set-set soalan berteraskan peperiksaan- tindakan GC terlibat
  • Lawatan Muhibbah untuk Pn Zaleha Achin ( sakit )- tindakan semua GC
  • Pakaian Batik Rasmi GC Kota Tinggi - tindakan Naib Bendahari
Semoga musyuwarrah ini akan memantapkan lagi ukhuwah dan sillaturrahim serta menjana idea-idea yang bernas demi kebaikan bersama. Insya Allah....