Sabtu, 23 Jun 2012

Sekitar Persidangan MGC Kota Tinggi 2012...







Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah Persidangan MGC Kota Tinggi tahun 2012 telah pun berlangsung dengan jayanya di Sekolah sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar penawar pada 21 jun yang lalu sebagaimana yang dirancangkan.  Persidangan telah dimulakan seawal jam 8.45 pagi dengan kehadiran En. Md Din bin Hussein iaitu Pegawai PPD Kota Tinggi dan ditemani oleh En Sahri bin Amat serta beberapa orang Pengetua dan Guru Besar di Sekitar Bandar Penawar.

Acara majlis pada pagi  itu dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu Guru Cemerlang diikuti dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Nizam bin Moh.Seterusnya Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MGC Kota Tinggi, En Jamaluddin bin Zakaria seterusnya Ucapan Perasmian oleh Tn PPD kota Tinggi. Sebagai gimik persidangan Tn PPD Kota Tinggi juga telah melanjarkan Montaj persidangan yang disediakan oleh En. Mohd Shafri  Rahmat.

Persidangan seterusnya berehat seketika dan disambung semula jam 10.00 pagi  dengan pembentangan kajian tindakan dan Inovasi serta Amalan-amalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh para pembentang yang cukup berpengalaman. Tepat jam 12.30 tengahari Mesyuarat Agung dijalankan sehingga jam 2.30 petang. Banyak isu yang dibangkitkan serta dibincangkan bagi mendapatkan keputusan yang sewajarnya ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Diharapkan persidangan kali ini dapat menjadi batu loncatan untuk menjadikan MGC Kota Tinggi sebagai satu organisasi yang berupaya untuk memberikan impak yang berkesan bagi memastikan kecemerlangan berterusan malah menjadikan Kota Tinggi terus Unggul di persada dunia pendidikan.

TERIMA KASIH SEMUA...


Majlis Guru Cemerlang Kota Tinggi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Majlis Guru Cemerlang Kota Tinggi kerana telah dapat menghadiri Persidangan MGC Kota Tinggi pada 21 Jun yang lalu. Alhamdulilah dengan kerjasama dan komitment rakan-rakan ianya telah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan berkesan. Terima kasih juga kepada En. Md Din bin Hussein,  Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi beserta rombongannya kerana telah sudi hadir ke majlis perasmian persidangan tersebut dan memberikan semangat untuk semua GC agar terus berusaha dengan gigih ibarat menggengam arang biar jadi abu, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berjalan biar sampai kehujungnya untuk menjadikan kota tinggi terus unggul di persada  pendidikan negara. TERIMA KASIH SEMUA.

Rabu, 20 Jun 2012

YURAN MGC KOTA TINGGI.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada semua GC di Kota Tinggi diharapkan dapat menyediakan wang secukupnya untuk tujuan pembayaran yuran keahlian MGC sekitar RM70.00 termasuklah bayaran yuran keahlian MGC Kebangsaan dan MGC Negeri beserta bayaran persidangan Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari MGC Kota Tinggi pada hari Persidangan MGC Kota Tinggi  (21 jun 2012 ) sewaktu pendaftaran nanti.Harap Maklum....

PERSIDANGAN MGC KOTA TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua GC Kota Tinggi. Adalah dimaklumkan bahawa  Persidangan MGC kota Tinggi akan diadakan seperti ketetapan berikut :


PERSIDANGAN MAJLIS GURU CEMERLANG KOTA TINGGI TAHUN 2012



Tarikh              :           21 JUN 2012

Hari                  :           Khamis

Masa               :           8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat           :           Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar.

Pakaian          :           Batik MGC Kota Tinggi (Biru)/ batik tema biru.



Atur Cara Program

Masa
Atur Cara
Catatan
8.00 – 8.30 pagi
Pendaftaran

Sarapan
Luar Dewan Kuliah (Fail : Borang Profil, Bahan & Makanan)
Jamuan VIP & Urusetia (Bilik Menunggu)
Senarai VIP
1. PPD
2. JNJK (Jika ada)
3. En. Sahri Ammat
4. YDP MGCJ (Pn. Norizah Rahmat)
5. Pengerusi MPSM
6. Pengerusi MGB
6. Pengerusi M4P (Rendah)
7. Pengerusi M4P (Menengah)
8. Pengetua SSTMI
9. Pengetua SAKTI
10. Pengetua SMKBP
11. Pengetua SMKABP
12. Guru Besar SKBP
13. Guru Besar SKBP2
8.30 – 10.00 pagi
Majlis Perasmian
-          Nyanyian Lagu Bangsa Johor
-          Nyanyian Lagu MGCM
-          Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
-          Bacaan Doa
-          Ucapan alu-aluan Pengerusi MGC Kota Tinggi :
En. Jamalludin bin Mohd Zakaria
-          Ucapan Perasmian :
En. Md. Din bin Hussien
Pegawai PPD Kota Tinggi
-          Persembahan Montaj
-          Penyampaian cenderamata
-          Nyanyian Lagu Negaraku
Dewan Kuliah
Keperluan :
- Lagu Bangsa Johor
- Lagu MGCM
- Montaj
- Lagu Negaraku
- Cenderamata : Perasmi
10.00 – 10.30 pagi
Rehat / Minum Pagi
Luar Dewan Kuliah
Bilik Menunggu (VIP dan Urusetia)
10.30 – 11.30 pagi
Pembentangan Kajian Tindakan & Inovasi
Sekolah Rendah :
-          Pn. Noor Naseffa bt. Mohd Nasir (SK Felcra Sg. Ara)
-          Pn. Masdiana bt. Ahmad Kamil (SK Adela)
Sekolah Menengah :
-          Tn. Hj. Noor Salleh b. Ngatimin (SM Sains Kota Tinggi)
-          En. Rosman b. Kadri (SMK Air Tawar)
Dewan Kuliah
Keperluan :
- LCD
- Laptop
- Cenderamata
- Borang Maklum Balas
11.30 – 12.30 tgh.
Bicara Ilmiah : Amalan Pembelajaran dan Pengajaran Terbaik
-          En. Mohd Yusri b. Taib (SMK Taman Kota Jaya)
             Tajuk : The Art of Infusing EE In The Upper
             Secondary Chemistry Subject
-          Tn. Hj. Noor Ishak b. Mohd Salleh (SMK Laksamana)
Tajuk : Penggunaan Bahasa dalam Matematik
-          Tn. Hj. Mohd Nizam b. Noh (SK Seri Setia Jaya)
Tajuk : Pengajaran sebagai ibadah
Dewan Kuliah
Keperluan :
- LCD
- Laptop
- Cenderamata
- Borang Maklum Balas
12.30 tgh. – 2.00 ptg.
Makan Tengah hari
Solat Zuhur / Rehat
Luar Dewan Kuliah / Cafe
Surau
2.00 – 5.00 petang
Mesyuarat Agung MGC Kota Tinggi
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Mesyuarat
- Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung lalu
- Perkara-perkara berbangkit
- Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
- Pembentangan aktiviti MGC Kota Tinggi sesi 2011/12
- Hal-hal lain
- Ucapan penangguhan
Dewan Kuliah
Keperluan :
- LCD
- Laptop
- Minit Mesyuarat Lalu
- Penyata Kewangan Lalu
- Laporan Aktiviti & perancangan
- Borang Maklum Balas