Rabu, 6 November 2013

SPM 2013.



Assalamualaikum dan salam sejahtera SPM 2013 kini bermula... kepada GC yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan atau pemeriksa kertas peperiksaan ... selamat bertugas... kepada yang lain sekarang nie agak rileks sikt... sebab bebudak dah mula exam...tapi hati pulak yang tak tenang mengenangkan anak-anak didik yang sedang exam tuuu... sabar  jelah cikguuu.... Kepada pelajar kami di MGC mendoakan kejayaan anda semua semuga dipermudahkan dan memperolehi keputusan yang cemerlang... gunakanlah semua yang telah diajar dan tips-tips yang diberikan untuk menjawab soalaan... mudah-mudahan kejayaan milik kita ... amin....

Happy Deepavali...



Salam sejahtera kepada semua warga GC yang beragama Hindu... selamat menyambut Deepavali... semoga berbahagia di hari Deepavali...

Maal Hijrah 1435.


Assalamualaikum... selamat menyambut maal hijrah 1435.... semoga bertambah produktif  dan mendapat keredhaan Allah dalam menjalankan tugas buat semua guru terutama GC Kota Tinggi... Fahami dan selami peristiwa hijrah ini...mudah-mudahan memberi kebaikkan kepada kita semua....

Salam Aidiladha...


Assalamualaikum .. kepada semua GC Kota Tinggi diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladah... semoga pengorbanan yang diberikan untuk mencurah bakti mendapat keradhaa Allah jua.... Kepada guru-guru yang menunaikan Haji juga di ucapkan selamat pergi dan selamat kembali... semoga mendapat haji yang mabbrul....

Khamis, 1 Ogos 2013


Assalamualaikum. dan salam sejahtera.... di kesempatan dicelah-celah kesibukkan ini,,, kami  warga MGC kota Tinggi ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua guru khasnya guru cemerlang di daerah kota tinggi dan seluruh Malaysia amnya.... semoga lebaran kali ini meningkatkan lagi ketakwaan kita pada Ilahi...

Ahad, 14 Julai 2013

Ramadhan tiba lagi....



Assalamualaikum kepada semua GC dan guru di daerah Kota Tinggi ini... rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa ... moga-moga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih cemerlang disisi Allah.... InsyaAllah....

Program Pengantarabangsaan MGC Kota Tinggi ke Indonesia

 
Assalamualaikum  dan salam sejahtera.... Pada cuti semester yang lepas MGC Kota tinggi telah menjalankan satu Program Pengantarabangsaan ke Indonesia iaitu ke provinsi Tanjung Pinang, Riau dengan focus membuat kunjungan muhibbah ke SMP 004 Tanjung Pinang. Program ini telah dijalankan pada 26 hingga 28 Mei yang lalu.

      Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak PPD Kota Tinggi. Terima kasih diucapkan kepada En Sahri bin Amat Penolong Pegawai PPD yang menjadi penaung kepada MGC Kota Tinggi atas sokongan yang diberikan. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Cik Nurul Asyikin Abu Naim yang banyak membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Tidak ketinggalan jutaan Terima Kasih juga diucapkan kepada Ibu Wiwin Pengetua ( Ibu Kepala) serta guru-guru dan pelajar-pelajar SMP 004 Kota Tanjung Pinang yang sudi menerima kunjungan kami dengan sambutan yang cukup hebat. Begitu juga kepada Pak Yanto mantan Dinas Pendidikan Kota Tanjung Pinang, Pak Abas dan Pak Man yang banyak membantu kami sepanjang berada di sana. TERIMA KASIH diucapkan.

                                 Tuai padi antara masak
                                       Esok jangan layu-layuan
                                 Intai kami antara Nampak
                                       Esok jangan rindu-rinduan                   

Rabu, 12 Jun 2013

Persidangan MGC Kota Tinggi Tahun 2013

         
 
          Assalamualaikum dan salam sejahtera.... pertama skali admin mohon maaf sebab agak lewat dan dah lama tak up date blog... kebelakangan agak busy sikit.... Okey disni admin hendak maklumkan kepada semua ahli MGC Kota Tinggi bahawa persidangan tahunan peringkat daerah kota tinggi telah pun diadakan pada 8 mei 2013 yang lalu bertempat di Dewan Cendana PPD Kota Tinggi dan telah dirasmikan oleh YB Dr Adham bin Baba ( ADUN Pasir Raja ). Terima kasih pada YB Adham bin Baba walaupun masih keletihan selepas PRU13 namun masih tetap sudi merasmikan persidangan ini.
 
DR Adham sedang menyampaikan ucapan pada ahli persidangan MGC Kota tinggi
        Dalam persidangan kali ini juga turut diadakan bengkel penerangan analisis Head Count Oleh En Maat bin Kozin dari PPD Kota Tinggi yang Berjaya mencuri tumpuan ahli persidangan. Acara Kemuncak pada persidangan kali ini adalah pembubaran Ahli Jawatan Kuasa yang lama dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru yang berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan. Tahniah kepada AJK yang baru diharap dapat meneruskan Kecemerlangan yang telah sedia ada.
 
*** Sekitar persidangan MGC Kota Tinggi 2013
 




 

 
 








 
 
Jumpa Lagi Tahun Hadapan .... Insya Allah....
 

Selasa, 12 Mac 2013

BORANG DATA GC KOTA TINGGI



 

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Perhatian kepada semua GC Kota Tinggi di harap dapat mendownloadkan borang data GC ini,lengkapkan serta hantarkan ke alamat email berikut

                                                     suhajanazer4452@gmail.com

Atau bolehlah menghantar secara ofline ke alamat  berikut :

En. Suhajanazer Suboh, SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi  Johor.

kerjasama GC semua amat diharapkan. TQ very very much....

Selasa, 12 Februari 2013

Gong Xi Fa Chai



Assalamualaikum...dan selamat sejahtera. Disini MGC Kota Tinggi ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua guru berbangsa cina di daerah Kota Tinggi khususnya. Semoga tahun ini kecemerlangan berterusan.....

Rabu, 30 Januari 2013

HASIL DAPATAN MESYUARAT AJK KALI 1 2013

 
 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Kepada semua ahli MGC kota Tinggi di sini admin akan menyatakan beberapa dapatan hasil daripada mesyuarat kali pertama yang lalu. Antaranya :
 
  • Diharapkan semua GC terutama GC yang baru dilantik agar dapat menghantar maklumat diri kepada setiausaha iaitu En Suhajanazir dari SMK Sri Saujana untuk tujuan rekod dan rujukan.
 
  • Semua Gc dikehendaki menyediakan laporan aktiviti / program tahun 2012 mengikut format spsk dan diserahkan kepada Pengerusi MGC Kota Tinggi iaitu En Jamaluddin Zakaria dari SMK Bandar Kota Tinggi untuk diserahkan kepada PPD Kota TInggi selewat-lewatnya pada 21 Februari 2013.
 
  • Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang akan diadakan sekitar bulan April atau Mei ( tarikh belum ditentukan ). Diharap semua GC dapat bersedia dan menghadirkan diri bila diadakan kelak.
 
  • Seminar Kecemerlangan SPM, PMR dan UPSR 2013 akan diadakan dan diurus oleh MGC Kota Tingggi. Maklumat lanjut akan diketahui selepas mesyuarat AJK pelaksana.
 
  • Program Pengantarabangsaan MGC Kota Tinggi akan diadakan pada 25,26 dan 27 Mei 2013. Di mana MGC Kota Tinggi akan mengadakan lawatan ke Indonesia. Butiran lanjut masih lagi dalam perbincangan. Oleh itu diharapkan semua GC daerah Kota Tinggi  dapat bersedia dan mengikuti program ini yang dilaksanakan pada masa cuti pertengahan penggal yang lalu.
 
Baiklah itu sahaja laporan setakat ini. Kita jumpa lagi pada masa yang akan datang dengan berita-berita terkini berkaitan MGC Kota Tinggi dan sekitar dunia pendidikan. Assalamualaikum dan kecemerlangan berterusan.........
 
 

Isnin, 21 Januari 2013

Mesyuarat AJK MGC Kota Tinggi kali Pertama 2013





Assalamualaikum.... dan salam sejahtera kepada semua AJK MGC Kota Tinggi, dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK kali pertama akan diadakan seperti ketetapan berikut :
  •           Tarikh : 22 Januari 2013
  •           Hari     : Selasa
  •           Masa    : 2.15 petang
  •           Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Teja SMK Bandar Kota Tinggi.
Dimaklumkan juga kemungkinan mesyuarat ini juga turut dihadiri dua orang wakil dari PPD Kota Tinggi. Diharapkan dapatlah semua AJK menghadirkan diri dalam mesyuarat ini.