Sabtu, 24 November 2012
Rileks Sekejap...
Assalamualaikum dan salam sejahtera, posting kali ni bertujuan untuk merehatkan minda je. Ialah kalau asyik bersifat akdemik dan ilmiah sahaja bosan jugak. Macam itulah juga halnya dengan pelajar kita di dalam kelas. Jadi unsur lawak atau kecindan dapat menghidupkan lagi suasana PdP di dalam kelas. Oklah cikgu teruskan membaca... dan RILEKS
Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.
Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
Isnin, 19 November 2012
KEPUTUSAN UPSR 2012.
UPSR 2012: Prestasi 7 negeri turun
19 November 2012

Murid-murid SR Bukit Bandaraya melonjak kegembiraan setelah mendapat keputusan cemerlang 5A. - Foto Bernama

Murid Sekolah Rendah Bukit Bandaraya KL, Shalmeena (tengah) dikucup ibu bapanya Muniswary (kanan) dan Vijaya Kumar setelah mendapat keputusan A. - Foto Bernama

Tiga murid SK Padang Garong 1, Kota Bharu, Nur Anis Asyikin Azmi (kiri), Ahmad Syamil Ismail (tengah) dan Nik Alya Shahirah Nik Shamsul muncul pelajar terbaik sekolah itu.
Selain Kuala Lumpur, negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.
Tujuh negeri pula mencatat sedikit penurunan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.
Di KUALA LUMPUR, 2,487 atau 10.35 peratus daripada 24,021 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.
Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.37 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,441 murid daripada 22,766 calon mendapat semua A.
Beliau berkata, tiga sekolah yang mencatat pencapaian semua A tertinggi ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (97 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (93 murid) dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (89 murid).
Di KUCHING, 2,010 daripada 45,946 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A berbanding 1,835 calon tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 175 orang atau 0.22 peratus, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam.
Beliau berkata, seramai 26,009 calon atau 56.9 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya penguasaaan minimum Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 24,344 calon atau 55.52 peratus pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 1.38 peratus.
Di SEREMBAN, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata, seramai 2,197 orang atau 11.4 peratus memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 2,169 calon atau 11.6 peratus pada 2011.
Beliau berkata, seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus pelajar mencapai tahap penguasaan minimum gred 'C' dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil, meningkat 2.6 peratus berbanding pencapaian 2011.
Di KUANTAN, jumlah pelajar UPSR di Pahang yang memperoleh keputusan 5A turut meningkat kepada 3,025 berbanding 2,977 tahun lepas.
Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata seramai 19,152 calon pula berjaya menguasai semua mata pelajaran iaitu mendapat gred A, B dan C.
Dalam masa sama, beliau berkata pencapaian calon UPSR sekolah di tanah rancangan Felda yang berjaya mendapat gred serupa juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 452 orang daripada 5,062 calon berbanding tahun lepasa, 446 orang dari 5,004 calon.
Di KANGAR, walaupun jumlah calon UPSR negeri Perlis tahun ini berkurangan namun jumlah yang mencatat keputusan cemerlang meningkat kepada 416 orang berbanding 388 orang pada 2011.
Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat sebanyak 3.31 peratus kepada 65.71 peratus.
Di ALOR STAR, seramai 3,342 calon di Kedah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat sebanyak 0.11 peratus berbanding tahun lepas.
Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata pencapaian peratus kelulusan keseluruhan UPSR 2012 negeri itu meningkat 1.87 peratus kepada 66.32 peratus berbanding 64.45 peratus tahun lepas.
Di KENINGAU, seramai 1,035 daripada 45,337 calon UPSR 2012 di Sabah memperoleh keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil, sekaligus menunjukkan peningkatan 0.04 peratus berbanding tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin.
"Pada keseluruhannya seramai 21,140 calon atau 47.22 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran diambil yang menunjukkan peningkatan 2.19 peratus berbanding 20,403 calon tahun lalu," katanya.
Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,012 dari 22,790 calon mendapat keputusan semua'A', merosot kepada 13.22 peratus berbanding 15.56 peratus tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin.
Di SHAH ALAM, Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 8,581 calon memperoleh semua A, menurun 0.96 peratus daripada 9,004 calon cemerlang tahun lepas.
Seramai 54,092 calon pula lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan gred minimum C.
Di IPOH, seramai 3,718 calon UPSR di negeri itu memperoleh gred cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 3,882 calon tahun lepas, menurun sebanyak 0.82 peratus.
Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata bagaimanapun jumlah calon yang mencapai tahap penguasaan minima (ABC) bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat kepada 28,298 calon berbanding 26,818 calon tahun lepas.
Di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Md Nor A Ghani berkata 9.07 peratus calon memperoleh keputusan semua A, menurun sabanyak 0.69 peratus berbanding 9.76 peratus pada 2011.
Beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.57 peratus daripada 59.66 peratus tahun lepas kepada 60.23 peratus tahun ini. - Bernama
P/S : Entry kali nie ambil bulat-bulat dari Sinar harian. Terima kasih sinar harian.
TAHNIAH kepada pelajar dan gurunya sekali yang telah mencapai kejayaan. Yang tak berapa nak berjaya tu, tak apa cuba lagi dan teruskan berusaha serta berdoa.
Sabtu, 17 November 2012
KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012
KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012
Rabu, 14 November 2012
Salam Maal hijrah 1434.
Assalamualaikum ..di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan Salam Maal hijrah kepada semua muslimin dan muslimat khususnya GC di daerah kota Tinggi semoga di tahun baru ini kita semua mendapat keberkatan dari Ilahi dan terus memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan.
laporan aktiviti GC Daerah Kota Tinggi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua GC di Kota Tinggi di minta menyediakan laporan aktiviti masing-masing bagi sepanjang tahun 2012 ini. Format laporan boleh mengikut format laporan SPSK PK01/03. Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh lah dirujuk kepada Pengerusi MGC Kota Tinggi En Jamaluddin Zakaria.
Ahad, 4 November 2012
Laporan Aktiviti Tahunan MGC Kota Tinggi 2012
PENDAHULUAN
PENUTUP
P/S: untuk maklumat lebih terperinci sila berhubung dengan setiausaha MGC Kota Tinggi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, secara sedar atau tidak kita telah menuju ke akhir tahun. Begitu pantas masa beredar. Seiring dengan peredaran semasa MGC Kota Tinggi juga tidak ketinggalan dalam mencorak dan membangunkan arus pendidikan negara khususnya bagi daerah Kota Tinggi dan di sekolah masing-masing terutamanya. Berikut disenaraikan Ahli jawatankuasa tertinggi MGC Kota Tinggi dan aktiviti yang telah dijalankan.
AHLI JAWATANKUASA TERTTINGGI MGC KOTA TINGGI TAHUN 2012
PENGERUSI
EN JAMALLUDIN BIN MOHAMAD ZAKARIA
TIMBALAN PENEGERUSI 1
EN ZAIDI NORLI BIN NOAR
TIMBALAN PENGERUSI 2
USTAZ MOHD KARIMI BIN MUSTHAPA
SETIAUSAHA 1
EN SUHAJANAZIR BIN SUBOH
SETIUASAHA 2
PN SAFINA BINTI ATAN
BENDAHARI
PN SITO ARPAH BINTI NOH
AHLI JAWATANKUASA
TN. HAJI NOOR KHAIRI BIN SARNGUT
EN. MOHD SHAFRI RAHMAT
PN JUMALIAH MINGGAN
EN YAHAYA ALI
PN HUZANA SARIJO
EN HALIM BIN YATIM
TN HAJI NOOR SALLEH NGATIMIN
PN MAHNITA HUSSIN
USTAZ MOHD NIZAM NOH
PN ROSLIANA RIBON
ANTARA AKTIVITI 2012
1. Mesyuarat AJK kali pertama.
- 16 Februari 2012
- Bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Teja SMK Bandar Kota Tinggi.
2. Mesyuarat AJK kali kedua.
- 17 Mei 2012
- Bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Teja SMK Bandar Kota Tinggi.
3. Persidangan MGC Kota Tinggi 2012
- 21 Jun 2012
- Bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar kota Tinggi.
4. Persidangan MGC Johor 2012
- 17 dan 18 Julai 2012
- Bertempat di IPTI Johor Bahru.
5. Mesyuarat AJK kali ketiga.
- 6 Oktober 2012
- Bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Teja SMK Bandar Kota Tinggi.
6. Lain-lain program bersama PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Contohnya sebagai penceramah program kecemerlangan , Program PISA Daerah Kota Tinggi,
Koordinator Program Pendita PPD Kota Tinggi dan sebaginya.
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, segala aktiviti yang dirancang pada tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu diharapkan pada tahun akan datang MGC Kota Tinggi akan terus mencapai kejayaan dan terus memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan berterusan. Insyaallah...
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :
ADMIN
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :
ADMIN
P/S: untuk maklumat lebih terperinci sila berhubung dengan setiausaha MGC Kota Tinggi.
Selasa, 18 September 2012
MUSIM PEPERIKSAAN KEMBALI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Khas kepada semua pelajar ,sekarang telah tiba satu musim yang ditunggu-tunggu. Musim kemuncak persekolahan bagi seorang yang bergelar pelajar atau murid. Inilah musim yang menentukan masa hadapan anada dalam pendidikan. Oleh itu kuatkan semangat , bulatkan tekad dan tingkatkan usaha serta perbanyakkan doa bagi mengharungi musim yang mencabar ini. Kami disini sedia membantu anda dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Selamat menghadapi UPSR,PMR,SPM dan STPM.
Rabu, 1 Ogos 2012
Salam Ramadhan...
Persidangan MGC Johor.
Assalamualaikum...dan salam sejahtera. Pada 17 dan 18 julai yang lalu, MGC elah Kota Tinggi telah menghantar beberapa orang ahlinya ke persidangan MGC peringkat negeri di MPTI Johor Bahru. Menurut ahli yang terlibat banyak maklumat dan ilmu yang diperolehi oleh mereka sepanjang persidangan di jalankan. Diharapkan kepada ahli yang berpeluang ke MGCJ nanti akan dapat berkongsi maklumat dengan GC yang lain.... Terima Kasihhh...
Sabtu, 23 Jun 2012
Sekitar Persidangan MGC Kota Tinggi 2012...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah Persidangan MGC Kota Tinggi tahun 2012 telah pun berlangsung dengan jayanya di Sekolah sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar penawar pada 21 jun yang lalu sebagaimana yang dirancangkan. Persidangan telah dimulakan seawal jam 8.45 pagi dengan kehadiran En. Md Din bin Hussein iaitu Pegawai PPD Kota Tinggi dan ditemani oleh En Sahri bin Amat serta beberapa orang Pengetua dan Guru Besar di Sekitar Bandar Penawar.
Acara majlis pada pagi itu dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu Guru Cemerlang diikuti dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Nizam bin Moh.Seterusnya Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MGC Kota Tinggi, En Jamaluddin bin Zakaria seterusnya Ucapan Perasmian oleh Tn PPD kota Tinggi. Sebagai gimik persidangan Tn PPD Kota Tinggi juga telah melanjarkan Montaj persidangan yang disediakan oleh En. Mohd Shafri Rahmat.
Persidangan seterusnya berehat seketika dan disambung semula jam 10.00 pagi dengan pembentangan kajian tindakan dan Inovasi serta Amalan-amalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh para pembentang yang cukup berpengalaman. Tepat jam 12.30 tengahari Mesyuarat Agung dijalankan sehingga jam 2.30 petang. Banyak isu yang dibangkitkan serta dibincangkan bagi mendapatkan keputusan yang sewajarnya ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Diharapkan persidangan kali ini dapat menjadi batu loncatan untuk menjadikan MGC Kota Tinggi sebagai satu organisasi yang berupaya untuk memberikan impak yang berkesan bagi memastikan kecemerlangan berterusan malah menjadikan Kota Tinggi terus Unggul di persada dunia pendidikan.
TERIMA KASIH SEMUA...
Majlis Guru Cemerlang Kota Tinggi mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Majlis
Guru Cemerlang Kota Tinggi kerana telah dapat menghadiri Persidangan MGC Kota Tinggi pada 21 Jun yang lalu. Alhamdulilah dengan kerjasama dan komitment rakan-rakan
ianya telah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan berkesan. Terima kasih juga
kepada En. Md Din bin Hussein, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi beserta rombongannya kerana telah sudi hadir ke majlis perasmian persidangan tersebut dan memberikan semangat untuk
semua GC agar terus berusaha dengan gigih ibarat menggengam arang biar jadi abu, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang berjalan biar sampai kehujungnya untuk menjadikan kota tinggi terus unggul di persada pendidikan negara. TERIMA KASIH SEMUA.
Rabu, 20 Jun 2012
YURAN MGC KOTA TINGGI.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada semua GC di Kota Tinggi diharapkan dapat menyediakan wang secukupnya untuk tujuan pembayaran yuran keahlian MGC sekitar RM70.00 termasuklah bayaran yuran keahlian MGC Kebangsaan dan MGC Negeri beserta bayaran persidangan Bayaran boleh dibuat kepada Bendahari MGC Kota Tinggi pada hari Persidangan MGC Kota Tinggi (21 jun 2012 ) sewaktu pendaftaran nanti.Harap Maklum....
PERSIDANGAN MGC KOTA TINGGI
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua GC Kota Tinggi. Adalah dimaklumkan bahawa Persidangan MGC kota Tinggi akan diadakan seperti ketetapan berikut :
PERSIDANGAN MAJLIS GURU CEMERLANG KOTA TINGGI TAHUN 2012
PERSIDANGAN MAJLIS GURU CEMERLANG KOTA TINGGI TAHUN 2012
Tarikh : 21 JUN 2012
Hari : Khamis
Masa : 8.00
pagi – 5.00 petang
Tempat : Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail
Bandar Penawar.
Pakaian : Batik MGC Kota Tinggi (Biru)/ batik tema biru.
Atur
Cara Program
Masa
|
Atur Cara
|
Catatan
|
8.00
– 8.30 pagi
|
Pendaftaran
Sarapan
|
Luar
Dewan Kuliah (Fail : Borang Profil, Bahan & Makanan)
Jamuan
VIP & Urusetia (Bilik Menunggu)
Senarai VIP
1.
PPD
2.
JNJK (Jika ada)
3. En.
Sahri Ammat
4. YDP
MGCJ (Pn. Norizah Rahmat)
5. Pengerusi MPSM
6. Pengerusi
MGB
6. Pengerusi
M4P (Rendah)
7. Pengerusi
M4P (Menengah)
8. Pengetua
SSTMI
9. Pengetua
SAKTI
10.
Pengetua SMKBP
11.
Pengetua SMKABP
12.
Guru Besar SKBP
13.
Guru Besar SKBP2
|
8.30
– 10.00 pagi
|
Majlis
Perasmian
-
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
-
Nyanyian Lagu MGCM
-
Ucapan alu-aluan Pengerusi
Majlis
-
Bacaan Doa
-
Ucapan alu-aluan Pengerusi MGC Kota Tinggi :
En.
Jamalludin bin Mohd Zakaria
-
Ucapan Perasmian :
En.
Md. Din bin Hussien
Pegawai
PPD Kota Tinggi
-
Persembahan Montaj
-
Penyampaian cenderamata
-
Nyanyian Lagu Negaraku
|
Dewan
Kuliah
Keperluan
:
-
Lagu Bangsa Johor
-
Lagu MGCM
-
Montaj
-
Lagu Negaraku
-
Cenderamata : Perasmi
|
10.00
– 10.30 pagi
|
Rehat
/ Minum Pagi
|
Luar
Dewan Kuliah
Bilik
Menunggu (VIP dan Urusetia)
|
10.30
– 11.30 pagi
|
Pembentangan
Kajian Tindakan & Inovasi
Sekolah Rendah :
-
Pn. Noor Naseffa bt. Mohd
Nasir (SK Felcra Sg. Ara)
-
Pn. Masdiana bt. Ahmad
Kamil (SK Adela)
Sekolah Menengah :
-
Tn. Hj. Noor Salleh b.
Ngatimin (SM Sains Kota Tinggi)
-
En. Rosman b. Kadri (SMK
Air Tawar)
|
Dewan
Kuliah
Keperluan
:
-
LCD
-
Laptop
-
Cenderamata
-
Borang Maklum Balas
|
11.30
– 12.30 tgh.
|
Bicara
Ilmiah : Amalan Pembelajaran dan Pengajaran Terbaik
-
En. Mohd Yusri b. Taib
(SMK Taman Kota Jaya)
Tajuk : The Art of Infusing EE In The
Upper
Secondary Chemistry Subject
-
Tn. Hj. Noor Ishak b. Mohd
Salleh (SMK Laksamana)
Tajuk
: Penggunaan Bahasa dalam Matematik
-
Tn. Hj. Mohd Nizam b. Noh
(SK Seri Setia Jaya)
Tajuk
: Pengajaran sebagai ibadah
|
Dewan
Kuliah
Keperluan
:
-
LCD
-
Laptop
-
Cenderamata
-
Borang Maklum Balas
|
12.30
tgh. – 2.00 ptg.
|
Makan
Tengah hari
Solat
Zuhur / Rehat
|
Luar
Dewan Kuliah / Cafe
Surau
|
2.00
– 5.00 petang
|
Mesyuarat
Agung MGC Kota Tinggi
-
Ucapan alu-aluan Pengerusi Mesyuarat
-
Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat agung lalu
-
Perkara-perkara berbangkit
-
Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
-
Pembentangan aktiviti MGC Kota Tinggi sesi 2011/12
-
Hal-hal lain
-
Ucapan penangguhan
|
Dewan
Kuliah
Keperluan
:
-
LCD
-
Laptop
-
Minit Mesyuarat Lalu
-
Penyata Kewangan Lalu
-
Laporan Aktiviti & perancangan
-
Borang Maklum Balas
|
Khamis, 24 Mei 2012
Selamat Hari Guru buat semua...
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Rasanya masih belum terlewat bagi kami di MGC Kota Tinggi untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di Malaysia semoga terus berinovasi untuk mentarnsformasikan pendidikan negara.
Mesyuarat AJK MGC Kota Tinggi kali ke dua.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Pada 17 Mei yang lalu, AJK MGC Kota Tinggi telah mengadakan satu mesyuarat bertempat di bilik Tun Teja SMK Bandar kota Tinggi. Mesyuarat ini adalah bagi membincangkan beberapa perkara seperti Persidangan Majlis Guru Cemerlang Kota Tinggi serta melantik jawatankuasa kerja bagi majlis tersebut. Selain itu pesanan daripada bendahari MGC Kota Tinggi meminta kepada GC-GC yang belum membuat bayaran buku dan lain-lain bayaran boleh lah berbuat demikian pada persidangan itu nanti.Harap maklum.
Selasa, 1 Mei 2012
PERMOHONAN GC UNTUK SEMUA GRED
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... berita baik buat semua GC atau guru, borang permohonan GC dalam semua gred ada di dalam laman web KPM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 .5. 2012.
Jadi jangan ketinggalan, rebutlah peluang keemasan ini....
Note: untuk download borang, just click kat tulisan berwarna biru...
Jadi jangan ketinggalan, rebutlah peluang keemasan ini....
Note: untuk download borang, just click kat tulisan berwarna biru...
Khamis, 9 Februari 2012
Mesyuarat AJK MGC Kota tinggi.

Assalamualaikum .... kepada semua AJK MGC kota Tinggi di harap dapat menghadirkan diri pada :
Tarikh : 16 februari 2012 (khamis)
Jam : 2.15 petang
Lokasi : Bilik Mesyuarat Tun Teja , SMK Bandar Kota Tinggi
Pengerusi : En Sahri bin Amat Penolong PPD Pembangunan Profesional.
Sebarang pertanyaan boleh menghubunggi En. Jamaluddin Zakaria Pengerusi MGC kota Tinggi di talian 013-7489440.
Harap maklum dan Terima kasih.
Rabu, 8 Februari 2012
Transformasi diri

PADA setiap awal tahun, keazaman mula memuncak dalam diri kita. Jika keazaman itu tidak disusuli dengan tindakan, maka ia akan menjadi semakin pudar dan akhirnya akan berkubur tanpa membawa apa-apa manfaat kepada kita.Dalam hal ini satu bentuk transformasi diri harus dilakukan agar keazaman yang ada apda diri mampu dilaksanakan. Transformasi membawa pengertian perubahan yang lebih difokuskan pada perubahan dalaman. perubahan ini meliputi beberapa komponen dalam diri kita yang berkaitan antara satu sama lain.Ia bermula dengan emosi dan perasaan yang mampu memberi sumbangan terhadap keceriaan diri.
Keceriaan diri ini akan melonjakkan kehendak iaitu komponen kedua dalam diri kita.Kehendak mempunyai pengaruh sama ada memberi kekuatan atau membawa kelemahan pada diri. Jika kehendak itu mempunyai kekuatan maka seseorang itu sanggup menghadapi sebarang cabaran. Sebaliknya jika kehendak dikuasai dengna kelemahan, maka seseorang itu mudah berputus asa atau cepat melahirkan rasa kekecewaan.Kehendak pula akan mempunyai komponen seterusnya iaitu kepecayaan. Kepercayaan diri sendiri akan mengukuhkan keyakinan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Seseorang yang tidak percaya pada kebolehan diri sering mencari alasan untuk tidak melibatkan diri dalam sesuatu aktivitiyang mampu memberi manfaat pada dirinya.Setiap kehendak akan memberi satu harapan yang merupakan satu lagi komponen yang penting dalam proses transformasi diri.
Setiap tindakan akan menemui kejayaan jika seseorang itu mempunyai harapan yang tinggi terhadap sesuatu yang dikehendaki.Harapan merupakan tahap yang tinggi dalam komponen transformasi diri. Seseorang yang mempunyai harapan mampu melaksanakan segala bentuk tugasan yang ditempuhi demi mencapai harapannya ke arah kejayaan. harapan mampu mengukuhkan semangat yang menjadi seolah-olah ''penunggu'' pada diri kita.Jika harapan ini memuncak maka suntikan semangat akan berlaku dan seseorang itu akan bertindak hingga mampu mencapai kejayaan secara luar biasa seperti memperoleh kecemerlangan di peringkat yang paling tinggi.Akhirnya kesemua empat komponen tersebut akan menentukan pembentukan sikap pada diri. Sikap terbentuk apabila segala tindakan dijadikan alaman sepanjang kehidupan.
Sikap tidak boleh dibuat-buat malah ia merupakan satu salutan ciri-ciri kualiti diri yang sebati pada diri manusia. Sikap yang sebati ini;ah yang mapu mentransformasikan diri secara ikhlas, sistematik dan praktik.Apabila sikap yang baik terbentuk pada diri manusia, individu itu tidak mudah goyah dengan segala bentuk dakyah yang boleh menguji keimanan dan keunggulannya.
Dipetik daripada portal pendidikan utusan.
Langgan:
Catatan (Atom)