Sabtu, 23 Jun 2012

Sekitar Persidangan MGC Kota Tinggi 2012...







Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulillah Persidangan MGC Kota Tinggi tahun 2012 telah pun berlangsung dengan jayanya di Sekolah sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar penawar pada 21 jun yang lalu sebagaimana yang dirancangkan.  Persidangan telah dimulakan seawal jam 8.45 pagi dengan kehadiran En. Md Din bin Hussein iaitu Pegawai PPD Kota Tinggi dan ditemani oleh En Sahri bin Amat serta beberapa orang Pengetua dan Guru Besar di Sekitar Bandar Penawar.

Acara majlis pada pagi  itu dimulakan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu Guru Cemerlang diikuti dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Nizam bin Moh.Seterusnya Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MGC Kota Tinggi, En Jamaluddin bin Zakaria seterusnya Ucapan Perasmian oleh Tn PPD kota Tinggi. Sebagai gimik persidangan Tn PPD Kota Tinggi juga telah melanjarkan Montaj persidangan yang disediakan oleh En. Mohd Shafri  Rahmat.

Persidangan seterusnya berehat seketika dan disambung semula jam 10.00 pagi  dengan pembentangan kajian tindakan dan Inovasi serta Amalan-amalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran oleh para pembentang yang cukup berpengalaman. Tepat jam 12.30 tengahari Mesyuarat Agung dijalankan sehingga jam 2.30 petang. Banyak isu yang dibangkitkan serta dibincangkan bagi mendapatkan keputusan yang sewajarnya ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Diharapkan persidangan kali ini dapat menjadi batu loncatan untuk menjadikan MGC Kota Tinggi sebagai satu organisasi yang berupaya untuk memberikan impak yang berkesan bagi memastikan kecemerlangan berterusan malah menjadikan Kota Tinggi terus Unggul di persada dunia pendidikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan