Rabu, 30 Januari 2013

HASIL DAPATAN MESYUARAT AJK KALI 1 2013

 
 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Kepada semua ahli MGC kota Tinggi di sini admin akan menyatakan beberapa dapatan hasil daripada mesyuarat kali pertama yang lalu. Antaranya :
 
  • Diharapkan semua GC terutama GC yang baru dilantik agar dapat menghantar maklumat diri kepada setiausaha iaitu En Suhajanazir dari SMK Sri Saujana untuk tujuan rekod dan rujukan.
 
  • Semua Gc dikehendaki menyediakan laporan aktiviti / program tahun 2012 mengikut format spsk dan diserahkan kepada Pengerusi MGC Kota Tinggi iaitu En Jamaluddin Zakaria dari SMK Bandar Kota Tinggi untuk diserahkan kepada PPD Kota TInggi selewat-lewatnya pada 21 Februari 2013.
 
  • Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang akan diadakan sekitar bulan April atau Mei ( tarikh belum ditentukan ). Diharap semua GC dapat bersedia dan menghadirkan diri bila diadakan kelak.
 
  • Seminar Kecemerlangan SPM, PMR dan UPSR 2013 akan diadakan dan diurus oleh MGC Kota Tingggi. Maklumat lanjut akan diketahui selepas mesyuarat AJK pelaksana.
 
  • Program Pengantarabangsaan MGC Kota Tinggi akan diadakan pada 25,26 dan 27 Mei 2013. Di mana MGC Kota Tinggi akan mengadakan lawatan ke Indonesia. Butiran lanjut masih lagi dalam perbincangan. Oleh itu diharapkan semua GC daerah Kota Tinggi  dapat bersedia dan mengikuti program ini yang dilaksanakan pada masa cuti pertengahan penggal yang lalu.
 
Baiklah itu sahaja laporan setakat ini. Kita jumpa lagi pada masa yang akan datang dengan berita-berita terkini berkaitan MGC Kota Tinggi dan sekitar dunia pendidikan. Assalamualaikum dan kecemerlangan berterusan.........
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan