Selasa, 2 Mac 2010

MESYUARAT MGC KOTA TINGGI KALI KE-1, 2010












Alhamdulillah..pada 25 Februari 2010 telah berlangsungnya Mesyuarat Guru Cemerlang Kota Tinggi kali ke-1 tahun 2010. Mesyuarat ini diadakan di SMK Laksamana Kota Tinggi yang dihadiri oleh seramai lebih kurang 33 orang ahli. Turut hadir ialah Encik Noor Ishak bin Mohd Salleh , selaku penasihat MGC Kota Tinggi. Beliau banyak memberikan tips-tips yang bermanfaat bagi merealisasikan impian GC untuk menjadi cemerlang dan terus cemerlang kerana perjuangan untuk anak bangsa tiada noktahnya. Antara aktiviti yang dirancang ialah:

  • Mengemaskini data GC Kota Tinggi - tindakan Pegawai Data
  • Bengkel Pembinaan Set-set soalan berteraskan peperiksaan- tindakan GC terlibat
  • Lawatan Muhibbah untuk Pn Zaleha Achin ( sakit )- tindakan semua GC
  • Pakaian Batik Rasmi GC Kota Tinggi - tindakan Naib Bendahari
Semoga musyuwarrah ini akan memantapkan lagi ukhuwah dan sillaturrahim serta menjana idea-idea yang bernas demi kebaikan bersama. Insya Allah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan