Rabu, 6 November 2013
Salam Aidiladha...
Khamis, 1 Ogos 2013
Assalamualaikum. dan salam sejahtera.... di kesempatan dicelah-celah kesibukkan ini,,, kami warga MGC kota Tinggi ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua guru khasnya guru cemerlang di daerah kota tinggi dan seluruh Malaysia amnya.... semoga lebaran kali ini meningkatkan lagi ketakwaan kita pada Ilahi...
Ahad, 14 Julai 2013
Ramadhan tiba lagi....
Assalamualaikum kepada semua GC dan guru di daerah Kota Tinggi ini... rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa ... moga-moga Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih cemerlang disisi Allah.... InsyaAllah....
Program Pengantarabangsaan MGC Kota Tinggi ke Indonesia
Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak PPD Kota Tinggi. Terima kasih diucapkan kepada En Sahri bin Amat Penolong Pegawai PPD yang menjadi penaung kepada MGC Kota Tinggi atas sokongan yang diberikan. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada Cik Nurul Asyikin Abu Naim yang banyak membantu dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar. Tidak ketinggalan jutaan Terima Kasih juga diucapkan kepada Ibu Wiwin Pengetua ( Ibu Kepala) serta guru-guru dan pelajar-pelajar SMP 004 Kota Tanjung Pinang yang sudi menerima kunjungan kami dengan sambutan yang cukup hebat. Begitu juga kepada Pak Yanto mantan Dinas Pendidikan Kota Tanjung Pinang, Pak Abas dan Pak Man yang banyak membantu kami sepanjang berada di sana. TERIMA KASIH diucapkan.
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Rabu, 12 Jun 2013
Persidangan MGC Kota Tinggi Tahun 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... pertama skali admin mohon maaf sebab agak lewat dan dah lama tak up date blog... kebelakangan agak busy sikit.... Okey disni admin hendak maklumkan kepada semua ahli MGC Kota Tinggi bahawa persidangan tahunan peringkat daerah kota tinggi telah pun diadakan pada 8 mei 2013 yang lalu bertempat di Dewan Cendana PPD Kota Tinggi dan telah dirasmikan oleh YB Dr Adham bin Baba ( ADUN Pasir Raja ). Terima kasih pada YB Adham bin Baba walaupun masih keletihan selepas PRU13 namun masih tetap sudi merasmikan persidangan ini.
| DR Adham sedang menyampaikan ucapan pada ahli persidangan MGC Kota tinggi |
Dalam persidangan kali ini juga turut diadakan bengkel penerangan analisis Head Count Oleh En Maat bin Kozin dari PPD Kota Tinggi yang Berjaya mencuri tumpuan ahli persidangan. Acara Kemuncak pada persidangan kali ini adalah pembubaran Ahli Jawatan Kuasa yang lama dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru yang berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan. Tahniah kepada AJK yang baru diharap dapat meneruskan Kecemerlangan yang telah sedia ada.
*** Sekitar persidangan MGC Kota Tinggi 2013
Jumpa Lagi Tahun Hadapan .... Insya Allah....
Selasa, 12 Mac 2013
BORANG DATA GC KOTA TINGGI
Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Perhatian kepada semua GC Kota Tinggi di harap dapat mendownloadkan borang data GC ini,lengkapkan serta hantarkan ke alamat email berikut
suhajanazer4452@gmail.com
Atau bolehlah menghantar secara ofline ke alamat berikut :
En. Suhajanazer Suboh, SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi Johor.
kerjasama GC semua amat diharapkan. TQ very very much....
Selasa, 12 Februari 2013
Gong Xi Fa Chai
Assalamualaikum...dan selamat sejahtera. Disini MGC Kota Tinggi ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua guru berbangsa cina di daerah Kota Tinggi khususnya. Semoga tahun ini kecemerlangan berterusan.....
Langgan:
Catatan (Atom)





