Sabtu, 24 November 2012
Rileks Sekejap...
Assalamualaikum dan salam sejahtera, posting kali ni bertujuan untuk merehatkan minda je. Ialah kalau asyik bersifat akdemik dan ilmiah sahaja bosan jugak. Macam itulah juga halnya dengan pelajar kita di dalam kelas. Jadi unsur lawak atau kecindan dapat menghidupkan lagi suasana PdP di dalam kelas. Oklah cikgu teruskan membaca... dan RILEKS
Cerita Lawak/ lucu 1: Bapa
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
Cerita Lawak/ lucu 2: Bahasa Inggeris
Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila giliran adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.
Cerita Lawak/ Lucu 3: Sudu
Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.
Cerita Lawak/ Lucu 4: Mayat
Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.
Cerita Lawak/Lucu 5: Tiru
Cikgu: Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa: Apa bukti awak?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu".
Isnin, 19 November 2012
KEPUTUSAN UPSR 2012.
UPSR 2012: Prestasi 7 negeri turun
19 November 2012

Murid-murid SR Bukit Bandaraya melonjak kegembiraan setelah mendapat keputusan cemerlang 5A. - Foto Bernama

Murid Sekolah Rendah Bukit Bandaraya KL, Shalmeena (tengah) dikucup ibu bapanya Muniswary (kanan) dan Vijaya Kumar setelah mendapat keputusan A. - Foto Bernama

Tiga murid SK Padang Garong 1, Kota Bharu, Nur Anis Asyikin Azmi (kiri), Ahmad Syamil Ismail (tengah) dan Nik Alya Shahirah Nik Shamsul muncul pelajar terbaik sekolah itu.
Selain Kuala Lumpur, negeri yang mencatat peningkatan ialah Sarawak, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, Sabah dan Perlis.
Tujuh negeri pula mencatat sedikit penurunan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Selangor, Johor dan Melaka.
Di KUALA LUMPUR, 2,487 atau 10.35 peratus daripada 24,021 calon memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran.
Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdullah Mad Yunus berkata, keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.37 peratus berbanding tahun lepas iaitu 2,441 murid daripada 22,766 calon mendapat semua A.
Beliau berkata, tiga sekolah yang mencatat pencapaian semua A tertinggi ialah Sekolah Kebangsaan Setiawangsa (97 murid), Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara (93 murid) dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (89 murid).
Di KUCHING, 2,010 daripada 45,946 calon UPSR Sarawak mencatat keputusan semua A berbanding 1,835 calon tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 175 orang atau 0.22 peratus, kata Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam.
Beliau berkata, seramai 26,009 calon atau 56.9 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya penguasaaan minimum Gred C dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 24,344 calon atau 55.52 peratus pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 1.38 peratus.
Di SEREMBAN, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Kalsom Khalid berkata, seramai 2,197 orang atau 11.4 peratus memperoleh keputusan penuh 5A atau 7A berbanding 2,169 calon atau 11.6 peratus pada 2011.
Beliau berkata, seramai 13,632 calon atau 70.9 peratus pelajar mencapai tahap penguasaan minimum gred 'C' dalam keseluruhan mata pelajaran yang diambil, meningkat 2.6 peratus berbanding pencapaian 2011.
Di KUANTAN, jumlah pelajar UPSR di Pahang yang memperoleh keputusan 5A turut meningkat kepada 3,025 berbanding 2,977 tahun lepas.
Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata seramai 19,152 calon pula berjaya menguasai semua mata pelajaran iaitu mendapat gred A, B dan C.
Dalam masa sama, beliau berkata pencapaian calon UPSR sekolah di tanah rancangan Felda yang berjaya mendapat gred serupa juga menunjukkan trend peningkatan iaitu 452 orang daripada 5,062 calon berbanding tahun lepasa, 446 orang dari 5,004 calon.
Di KANGAR, walaupun jumlah calon UPSR negeri Perlis tahun ini berkurangan namun jumlah yang mencatat keputusan cemerlang meningkat kepada 416 orang berbanding 388 orang pada 2011.
Pengarah Pelajaran Perlis Dun Kasa berkata peratus kelulusan keseluruhan juga meningkat sebanyak 3.31 peratus kepada 65.71 peratus.
Di ALOR STAR, seramai 3,342 calon di Kedah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran, meningkat sebanyak 0.11 peratus berbanding tahun lepas.
Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata pencapaian peratus kelulusan keseluruhan UPSR 2012 negeri itu meningkat 1.87 peratus kepada 66.32 peratus berbanding 64.45 peratus tahun lepas.
Di KENINGAU, seramai 1,035 daripada 45,337 calon UPSR 2012 di Sabah memperoleh keputusan A bagi semua mata pelajaran yang diambil, sekaligus menunjukkan peningkatan 0.04 peratus berbanding tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin.
"Pada keseluruhannya seramai 21,140 calon atau 47.22 peratus berjaya mencatat sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran diambil yang menunjukkan peningkatan 2.19 peratus berbanding 20,403 calon tahun lalu," katanya.
Di KUALA TERENGGANU, seramai 3,012 dari 22,790 calon mendapat keputusan semua'A', merosot kepada 13.22 peratus berbanding 15.56 peratus tahun lepas, kata Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin.
Di SHAH ALAM, Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim berkata 8,581 calon memperoleh semua A, menurun 0.96 peratus daripada 9,004 calon cemerlang tahun lepas.
Seramai 54,092 calon pula lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan gred minimum C.
Di IPOH, seramai 3,718 calon UPSR di negeri itu memperoleh gred cemerlang dalam semua mata pelajaran berbanding 3,882 calon tahun lepas, menurun sebanyak 0.82 peratus.
Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Mohd Idris Ramli berkata bagaimanapun jumlah calon yang mencapai tahap penguasaan minima (ABC) bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat kepada 28,298 calon berbanding 26,818 calon tahun lepas.
Di JOHOR BAHARU, Pengarah Pelajaran Johor Md Nor A Ghani berkata 9.07 peratus calon memperoleh keputusan semua A, menurun sabanyak 0.69 peratus berbanding 9.76 peratus pada 2011.
Beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian Baik dengan minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat sebanyak 0.57 peratus daripada 59.66 peratus tahun lepas kepada 60.23 peratus tahun ini. - Bernama
P/S : Entry kali nie ambil bulat-bulat dari Sinar harian. Terima kasih sinar harian.
TAHNIAH kepada pelajar dan gurunya sekali yang telah mencapai kejayaan. Yang tak berapa nak berjaya tu, tak apa cuba lagi dan teruskan berusaha serta berdoa.
Sabtu, 17 November 2012
KENYATAAN AKHBAR: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012
KENYATAAN AKHBAR
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
TAHUN 2012
Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.
Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012
Rabu, 14 November 2012
Salam Maal hijrah 1434.
Assalamualaikum ..di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan Salam Maal hijrah kepada semua muslimin dan muslimat khususnya GC di daerah kota Tinggi semoga di tahun baru ini kita semua mendapat keberkatan dari Ilahi dan terus memberikan yang terbaik dalam bidang pendidikan.
laporan aktiviti GC Daerah Kota Tinggi
Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua GC di Kota Tinggi di minta menyediakan laporan aktiviti masing-masing bagi sepanjang tahun 2012 ini. Format laporan boleh mengikut format laporan SPSK PK01/03. Maklumat lanjut dan pertanyaan boleh lah dirujuk kepada Pengerusi MGC Kota Tinggi En Jamaluddin Zakaria.
Ahad, 4 November 2012
Laporan Aktiviti Tahunan MGC Kota Tinggi 2012
PENDAHULUAN
PENUTUP
P/S: untuk maklumat lebih terperinci sila berhubung dengan setiausaha MGC Kota Tinggi.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, secara sedar atau tidak kita telah menuju ke akhir tahun. Begitu pantas masa beredar. Seiring dengan peredaran semasa MGC Kota Tinggi juga tidak ketinggalan dalam mencorak dan membangunkan arus pendidikan negara khususnya bagi daerah Kota Tinggi dan di sekolah masing-masing terutamanya. Berikut disenaraikan Ahli jawatankuasa tertinggi MGC Kota Tinggi dan aktiviti yang telah dijalankan.
AHLI JAWATANKUASA TERTTINGGI MGC KOTA TINGGI TAHUN 2012
PENGERUSI
EN JAMALLUDIN BIN MOHAMAD ZAKARIA
TIMBALAN PENEGERUSI 1
EN ZAIDI NORLI BIN NOAR
TIMBALAN PENGERUSI 2
USTAZ MOHD KARIMI BIN MUSTHAPA
SETIAUSAHA 1
EN SUHAJANAZIR BIN SUBOH
SETIUASAHA 2
PN SAFINA BINTI ATAN
BENDAHARI
PN SITO ARPAH BINTI NOH
AHLI JAWATANKUASA
TN. HAJI NOOR KHAIRI BIN SARNGUT
EN. MOHD SHAFRI RAHMAT
PN JUMALIAH MINGGAN
EN YAHAYA ALI
PN HUZANA SARIJO
EN HALIM BIN YATIM
TN HAJI NOOR SALLEH NGATIMIN
PN MAHNITA HUSSIN
USTAZ MOHD NIZAM NOH
PN ROSLIANA RIBON
ANTARA AKTIVITI 2012
1. Mesyuarat AJK kali pertama.
- 16 Februari 2012
- Bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Teja SMK Bandar Kota Tinggi.
2. Mesyuarat AJK kali kedua.
- 17 Mei 2012
- Bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Teja SMK Bandar Kota Tinggi.
3. Persidangan MGC Kota Tinggi 2012
- 21 Jun 2012
- Bertempat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar kota Tinggi.
4. Persidangan MGC Johor 2012
- 17 dan 18 Julai 2012
- Bertempat di IPTI Johor Bahru.
5. Mesyuarat AJK kali ketiga.
- 6 Oktober 2012
- Bertempat di Bilik Mesyuarat Tun Teja SMK Bandar Kota Tinggi.
6. Lain-lain program bersama PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Contohnya sebagai penceramah program kecemerlangan , Program PISA Daerah Kota Tinggi,
Koordinator Program Pendita PPD Kota Tinggi dan sebaginya.
PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, segala aktiviti yang dirancang pada tahun ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu diharapkan pada tahun akan datang MGC Kota Tinggi akan terus mencapai kejayaan dan terus memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan berterusan. Insyaallah...
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :
ADMIN
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :
ADMIN
P/S: untuk maklumat lebih terperinci sila berhubung dengan setiausaha MGC Kota Tinggi.
Langgan:
Catatan (Atom)