Rabu, 12 Jun 2013

Persidangan MGC Kota Tinggi Tahun 2013

         
 
          Assalamualaikum dan salam sejahtera.... pertama skali admin mohon maaf sebab agak lewat dan dah lama tak up date blog... kebelakangan agak busy sikit.... Okey disni admin hendak maklumkan kepada semua ahli MGC Kota Tinggi bahawa persidangan tahunan peringkat daerah kota tinggi telah pun diadakan pada 8 mei 2013 yang lalu bertempat di Dewan Cendana PPD Kota Tinggi dan telah dirasmikan oleh YB Dr Adham bin Baba ( ADUN Pasir Raja ). Terima kasih pada YB Adham bin Baba walaupun masih keletihan selepas PRU13 namun masih tetap sudi merasmikan persidangan ini.
 
DR Adham sedang menyampaikan ucapan pada ahli persidangan MGC Kota tinggi
        Dalam persidangan kali ini juga turut diadakan bengkel penerangan analisis Head Count Oleh En Maat bin Kozin dari PPD Kota Tinggi yang Berjaya mencuri tumpuan ahli persidangan. Acara Kemuncak pada persidangan kali ini adalah pembubaran Ahli Jawatan Kuasa yang lama dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Baru yang berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan. Tahniah kepada AJK yang baru diharap dapat meneruskan Kecemerlangan yang telah sedia ada.
 
*** Sekitar persidangan MGC Kota Tinggi 2013
 




 

 
 








 
 
Jumpa Lagi Tahun Hadapan .... Insya Allah....