Isnin, 19 Julai 2010

kebesaran Allah...


LIHAT TITIK-TITIK HITAM DI TENGAH2 PADA KALIMAH ALLAH ITU SELAMA 10 SAAT DAN ALIHKAN PANDANGAN ANDA PADA DINDING KOSONG..
Lihatlah keajaibannya...!!!

Dipetik dari blog cerita aku dan alam

Ahad, 18 Julai 2010

Astro Tutor saluran 100 khusus untuk UPSR


KUALA LUMPUR 15 Julai – Astro hari ini melancarkan Astro Tutor TV melalui saluran 100 khusus untuk murid-murid yang akan mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Pendidikan Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, ia diterbitkan bagi membantu persiapan murid mengambil UPSR dan menyasarkan penonton kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun.

“Rancangan ini khusus untuk membantu murid sekolah rendah mengulang kaji pelajaran secara holistik.

“Ini termasuk menguasai tajuk yang sukar, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata ketika merasmikan saluran baru Astro Tutor TV tersebut di pusat beli-belah Bangsar di sini hari ini.

Putri Yasmin menambah, penyiaran program di Astro Tutor TV mendapat khidmat nasihat daripada guru-guru yang berpengalaman dan mengikut silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

“Setiap kandungan dalam program tersebut direka dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi diri.

“Program tersebut juga dibentuk 100 peratus mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kerajaan supaya kandungannya bersesuaian untuk UPSR,” jelasnya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan dan Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan.

Ditanya tentang perancangan Astro untuk pelajar sekolah menengah yang akan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Henry berkata, mereka masih mengkaji dan mungkin akan melaksanakannya dalam masa terdekat.

Ahad, 11 Julai 2010

Teori pembelajaran dan pengajaran


Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

Dalam merancang persedia mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepanuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah :

Kaedah sumbang saran
Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
Kaedah oudioligual
Kaedah kodkognetif
Kaedah projek
Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan. Kaedah projek yang diasaskan oelh John Deney misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilutrasi yang mudah dan konkrit. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

3. Memory

Address three pressing problem you have faced in your class and solve these problem based on what you now know about Memory.
Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan social mereka tetap berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan a. kematangan fizikal b. kematangan intelek c. kematangan emosi

a. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.

b. Kematangan intelek (mentel) Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak. Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan tugas mereka dalam kelas.

c. Kematangan Emosi Emosi menggambarkan satu kaedaan yang dikaitkan oleh dorangan-dorongan melalui satu cara tertentu. Ia melibatkan gangguan dalaman yang meluas dan mengandungi nada perbezaan atau berbagai-bagai darjah kepuasan dan gangguan . Ahli-ahli psikologi dan fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati dan tindak balas fisiologi. GGGerak hati atau desakan dalaman yang mengarahkan sesuatu jenis pelakuan mungkin terjadi dalam perbagai gabungan dan peringkat, secara umum, emosi dapat diertikan sebagai suatu pengalaman yang penuh perasaan, yang melibatkan penyalarasan dalaman secara am dengan keadaan mental dan fisiologi yang bergerak dalam diri individu dan kemudiannya diperlihatkan dalam bentuk tingkah laku yang nyata. 4. Metacognition - What is your reaction to the video on metacognition? - Explain in your own words three or more benefits of applying metacognition in your classes AND - How would you apply metagnition in your classes?

Metacognition dapatlah ditafsir sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran tentang proses yang dilaksnankan secara berfikir. Menurut Bronw (1980) metacognition’ adalah merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya. Gadner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seorang pelajar lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan starategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya. Boyer dalam model ‘ Functional Thinking’ nya menyatakan lebih jelas bahawa ‘ Metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau (monitoring). Dan menilai (assessing) satu-satunya keputusan atau idea yang hendak diutarakan “Boyer menjelaskan bahawa ‘metacognatinion’ terletak di luar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri. Menurutnya “ Metacognative operations are applied to the strategies and skill used to produce meaning rather then diretctly to data and experience. Metacognation seeks to control these meaning-making aperations by which one seeks to make meaning”. Dengan ini ini metacognition dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan startegi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikit itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang , memantau, menilai keputusan yang akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini ada kaitan langsung dengan keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelasaian masalah tersebut.

Terdapat kebaikkan dalam mengaplikasikan Matacognitive: 1. Kaedah perbincangan Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas terdapat banyak topic sesuai disampaikan melalui sesi perbincangan khasnya bagi kursus bahasa. Di antara topik-topik yang sesuai dibincangkan topic isu semasa, program pelajar dan sebagainya. Kaedah ini melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dan pelajar-pelajar dalam kelas atau satu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Para pelajar harus diberitahu cara-cara dan peraturan-peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini bertujuaan agar aktiviti perbincangan lancer, teratur dan tidak terpesong daripada tujuan. Pada akhir perbincangan, idea-idea haruslah dirumuskan. Rumusan ini kan digunakan untuk membuat ulasan perbincangan.

2. Proses pembelajaran melalui proses pemerhatian dan pemodelan Bandura (1986) mengenal pasti empat unsure utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan, iaitu pemerhatian (attention), mengingati (retention), re,produksi (reproduction), dan penangguhan (re inforcement) motivasi (motivion). Implikasi daripada kaedah ini keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dapat dicapai melalui beberapa cara yang berikut: • Penyampaian harus cekap dan menarik • Demonstasi guru hendaklah jelas, menarik, mudah dan tepat • Hasilan guru atau contoh-contoh seperti ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi

3. Pembelajaran, ingatan, dan lupaan Pembelajaran merupakan sesuatu proses psikologikal dalaman. Sama ada ia belaku tidak akan dapat diperhatikan atau diukur secara langsung. Apa yang kita ukur ialah ingatan selepas pembelajaran sahaja. Oleh itu, ingatan hanya boleh dianggap gambaran atau praktikal pembelajaran. Walaupun, ingatan boleh mewakili pembelajaran, kualiti ingatan dan lupaan ialah tiga proses yang saling berkaitan serta saling berpengaruhi antara satu sama lain. Berikut mengilustrasikan secara ringkas peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan. Rajah 1: peringkat-peringkat perkaitan pembelajaran, ingatan dan lupaan.

Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpanya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika perlu.

Berdasarkan daripada tiga kaedah penyampaian yang digunakan tadi, proses pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan akan lebih terancang dan berkesan.

Apabila guru menggunakan kaedah ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak lansung akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pangajaran dan pembelajaran.

Dalam suasana pengajaran dan pembelajaran, kemahiran-kemahiran bermaksud seseorang itu terlatih dan mempunyai pengalaman yang tinggi serta mendalam. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kebolehan menguasai kemahiran tertentu harus ditegaskan oleh guru, terutama kemahiran asas seperti menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran mendengar, bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan sebagainya. Apabila pelajar menguasai kemahiran asas ini akan dapat membantu pelajar tersebut menguasai bidang-bidang ilmu yang lain dengan lebih mudah.

Jumaat, 9 Julai 2010

ADAKAH MURID ANDA BELAJAR?


Adakah saya mengajar pada hari ini atau saya syok sendiri. Inilah bentuk soalan yang patut ditanya kepada diri anda setiap kali habis aktiviti P & P. Sebagai guru kita selalu membuat andaian yang kita telah mengajar, tetapi adakah murid kita belajar dengan cara kita mengajar. Inilah persoalan yang perlu direnung oleh seseorang guru. Bagi memastikan murid belajar, bersedia untuk belajar mesti berlaku dahulu. Jika anda terus mengajar tanpa mempedulikan kesediaan murid anda belajar, ternyata anda cuma mementingkan diri sendiri. Anda hanya pentingkan diri anda, bukan diri pelajar itu sedangkan klien andalah yang patut anda utamakan sebab sebagai klien mereka adalah raja dan sebagai klien mereka sentiasa betul.


Kebiasaan memberi apa yang kita mahu beri sahaja sebenarnya tidak betul. Pernahkah anda bertanya kepada murid-murid anda, apa yang mereka inginkan daripada anda. Lebih jelas lagi apa yang mereka inginkan pada hari itu? Jika murid hendak bermain pada hari itu, tetapi anda suruh dia belajar, dia tak kan belajar. Jika anda suruh dia belajar juga dia akan belajar sambil bermain. Jadi kita kenalah mengajar mereka sambil bermain.Atau lebih tepat lagi belajar dengan cara yang menghiburkan.


Ada dua perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan murid anda telah bersedia untuk belajar.Pertama, pastikan dia telah bersedia dengan topik yang akan diajar pada hari berikutnya.Caranya, pada hari sebelumnya anda sepatutnya sudah memberitahu murid-murid anda tentang topik yang akan diajar. Suruh mereka bersedia dengan topik tersebut. Kedua, anda mesti pastikan pelajar-pelajar menamatkan semua pergerakan atau aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Anda tidak patut memulakan pelajaran sedangkan dua tiga orang murid anda masih bercakap-cakap di belakang. Begitu juga anda tidak sepatutnya memulakan pelajaran jika “najis” masih belum dibuang. Najis itu adalah analogi bagi sampah yang terdapat di dalam kelas. Jika kita tidak boleh tahan dengan bau najis, mengapa sampah yang menjadi najis itu tidak disingkirkan terlebih dahulu.Anda mesti memastikan mereka duduk tenang, memandang ke hadapan dan siap sedia untuk belajar.Lebih baik lagi jika ketua kelas atau seseorang yang dilantik datang ke depan dan memberitahuanda dengan ungkapan “Tuan/Puan, kami sudah bersedia untuk menerima pelajaran!”

DIPETIK DARI : BLOG PANDUAN GURU-GURU MALAYSIA

Sabtu, 3 Julai 2010

PROGRAM PENAMBAHAN CALON GURU CEMERLANG


Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing.Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993).tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”.

Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan profesion itu sendiri. Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily be moving out”.Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus dapat dimanfaatkan. Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins".

Dalam keadaan sekarang apabila pegawai pendidikan yang berkhidmat sebagai guru menunjukkan perkhidmatan yang baik mereka akan dinaikkan pangkat menjadi Guru Besar/Pengetua atau Penyelia, dsb. Potensi guru itu sebagai seorang guru yang unggul akan terbantut. Ini merugikan kerana potensi guru itu mungkin lebih baik dan cemerlang dalam aspek mendidik dan bukan mentadbir. Sebaliknya, oleh kerana tidak ada jawatan naik pangkat sebagai guru, jika seseorang guru yang berpotensi tidak dinaikkan pangkat sebagai pentadbir, maka guru tersebut akan tertinggal dalam tangga kerjaya perkhidmatan pendidikan disebabkan kebolehan dan potensinya yang baik sebagai pendidik. Ini seolah-olah “mendera” mereka yang berpotensi dalam pendidikan.

Bagi merealisasikan cadangan Kabinet, maka Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan perjawatan Guru Cemerlang PPPLD DGA32 dan Guru Cemerlang PPPS DG48 pada tahun 1994.Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki:
a) kecemerlangan peribadi,
(b) kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran,
(c) kecemerlangan kerja,
(d) kecemerlangan komunikasi, dan
(e) kecemerlangan potensi.

Dari segi peribadi, Guru Cemerlang berkeyakinan diri, adil, bertimbangrasa, beramanah, bertanggungjawab, kreatif, inovatif, sedia berkongsi, bekerjasama, bersikap terbuka dan positif. Dari segi pengetahuan dan kemahiran, Guru Cemerlang adalah pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran; peka dan prihatin terhadap keperluan dan kebajikan pelajar; bijak mengurus masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran; dan mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar serta menyediakan program tindak susulan.

Dari segi kerja, Guru Cemerlang, Guru Cemerlang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran pelajar menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar; menerusi kebolehan dan kejayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran; menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis; dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Dari segi komunikasi, Guru Cemerlang adalah perintis sesuatu usaha serta berjaya berinteraksi menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan baik secara bertulis mahupun lisan. Dari segi potensi, Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan; sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya; sentiasa terlibat dalam kursus, seminar dan bengkel; serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah.Tujuan mewujudkan perjawatan Guru Cemerlang:
(a) memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang istimewa, berdedikasi, bermotivasi, mahir, berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu;
(b) mengekalkan guru-guru ini mengajar di bilik darjah setelah dinaikkan pangkat tanpa perlu ditukarkan ke perjawatan pentadbiran supaya kepakaran dan kebolehan mereka dapat dimanfaatkan; dan
c) dijadikan landasan untuk mengenalpasti dan memilih pegawai-pegawai yang berpotensi untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di masa akan datang melalui Sistem “Fast Track”.
Di petik dari:

SEKITAR PERSIDANGAN MGCJ 2010

Pada 1 dan 2 july yang lalu, seramai 8 orang ahli MGC Kota Tinggi, telah menghadiri persidangan yang berlansung selama 2 hari di Hotel Selesa Pasir Gudang. Sebanyak 10 kertas kerja telah telah dibentang dan persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor Tn. Haji Sufa'at Bin Tumin. Malahan beliau juga turut menyampaikan ucap tama serta merasmikan pembinaan laman blog MGC Negeri Johor. Banyak maklumat serta idea dan ilmu baru telah diperolehi dalam persidangan ini. Segala bahan pembentang boleh diperolehi melalui laman blog MGCj.


SESI BERGAMBAR.....



Cenderahati buat Cikgu Khadijah dari MGCJ sempena persaraan beliau...


Perasmian Blog MGCJ dan MGC daerah Kota Tinggi...


YDP MGC kota Tinggi, Tn Haji Khairi sedang menerima sijil daripada Pengarah Pelajaran Johor.. Tn Haji Sufa'at Bin Tumin.



Bergambar sebagai kenangan setelah tamat persidangan...



Masih ada masa untuk membeli belah...


Kelihatan wajah-wajah ceria, seronok mendengar pembentangan kertas kerja...