Rabu, 30 Jun 2010

Makluman kepada peserta persidangan MGCJ 2010



Kepada semua peserta persidangan diharap dapat membawa kad biru kursus, laptop ( jika ada) dan pakaian pada hari jumaat adalah pakaian rasmi. Perhatian dan tindakan para peserta amat diharapkan. Manakala jadual dan tentatif persidangan bolehlah merujuk kepada entry yang lalu...

Selasa, 29 Jun 2010

URUSAN PEMANGKUAN...


URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.

Borang Berkaitan Ada di www.moe.gov.my/jnjk

ZIARAH...


Pada 6 Mei yang lalu, beberapa AJK tertinggi MGC Kota Tinggi telah berkesempatan untuk menziarah Pn Zaleha binti Acheh yang merupakan salah seorang GC dalam daerah Kota Tinggi. Beliau kini menghidap penyakit diabetes yang kronik sehingga menyebabkan beliau tidak mampu untuk bergerak dengan aktif dan penglihatannya yang semakin kabur akibat penyakit tersebut. Namun begitu sebagai seorang pendidik, beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya begitu baik sekali walaupun terpaksa menahan kesakitan dan menempuh kesukaran. Kami semua begitu kagum dan terharu dengan kesungguhan yang tinggi ditunjukkan oleh beliau bagi memastikan anak didiknya sentiasa mendapatkan yang terbaik darinya. Dikesempatan itu juga, Pengerusi MGC Kota Tinggi, Tn. Haji Khairi bin Punggot turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada ahli MGC kota tinggi kepada Pn Zaleha binti Acheh bagi mengurangkan sedikit bebanan beliau. Diakhir pertemuan, Pn Zaleha berasa begitu terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas keperihatinan rakan-rakan GC semua. Kami mendoakan agar Pn Zaleha diberikan kesihatan yang lebih baik... Amin

Tentatif persidangan MGCJ 2010



ATUR CARA PERSIDANGAN


1 JULAI 2010
7.30 – 8.30 pg : Pendaftaran & Sarapan
8.30 – 9.00 pg : Taklimat
9.00 – 9.45 pg : Ucapan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
- En Mohd Hasidin bin Hj Zaini
9.45 – 10.30 pg : Pembentangan Kertas Kerja 1 – “Mengurus Kecemerlangan”
– Tn Hj Ismail Bin Rosdi (Pengetua SMK Taman Desa Cemerlang,
Pasir Gudang)
10.30 – 12.00tgh : Pembentangan Kertas Kerja 2 – “Menganjak Ke Kanan”
- En Yew Kok Leh (Pengetua SMK Jalan Mengkibol, Kluang)
12.00 – 1.00 ptg : Pembentangan Kertas Kerja 3 – “Standard Guru Malaysia”
- Penceramah dari IPG
1.00 – 2.00 ptg : ‘Check-in’ / makan tengah hari / solat
2.3.0 – 4.30 ptg : Pembentangan Kertas Kerja 4 & 5 – NKRA & KPI
- Pn Norhayati Bt Alias (Timbalan Ketua Nazir Persekutuan,
Putrajaya)
4.30 – 5.00 ptg : Sesi Bergambar
8.30 – 9.00 mlm : Pembentangan Kajian Tindakan Sekolah Rendah
- Pn Azlinda Bt Ahmad (SK Bandar Putra, Segamat)
9.00 – 9.30 mlm : Pembentangan Kajian Tindakan Sekolah Menengah
- Cik Deep Wei Wei ( SMK Sri Mersing)
9.30 – 10.00 mlm : Perbincangan Akademik


2 JULAI 2010
7.00 – 8.00 pg : Sarapan
8.00 – 9.00 pg : Perkongsian Ilmu 1 – Guru Cemerlang Jusa C (MT Tambahan)
- En Yap Poh Lai (SM Sains Muar)
9.00 – 10.00 pg : Perkongsian Ilmu 2 – Guru Cemerlang Jusa C (Bahasa Melayu)
- En Azizulrahman Bin Abdul Rahman (SMK Datuk Sulaiman, Pt
Sulung, BP)
10.00 – 11.00 pg : Pembentangan Kertas Kerja 8 – “Program Immersion”
- Tn Hj Aminuddin B Adam (Pegawai PPD Johor Bahru)
11.00 – 12.00 tgh : Ucap Utama dan Perasmian Penutup
- Yang Berbahagia Tn Hj Sufa’at B Tumin (Pengarah Jabatan
Pelajaran Johor)
12.00 tgh : ‘ Check-out ‘ & Bersurai

PERSIDANGAN MGCJ 2010


Makluman untuk Guru Cemerlang daerah Kota Tingi

Persidangan MGCJ 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tempat :Hotel Selesa PasirGudang
Pendaftaran : Jam 8pagi
Bayaran : Sendiri RM 120
Pakaian : Batik dan Blazer

Kepada wakil MGC Kota Tinggi yang terpilih, diharap dapat hadir dan tidak diuzurkan jua. Jangan lupa pakai baju batik MGC Kota Tinggi...
Jumpa disana....

TUGAS GURU CEMERLANG


Tugas Utama ( A )
Membuat perancangan pembelajaran dan pengajaran supaya dapat mencapai tahap yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua/PPD dan mengajar mata pelajaran kepakarannya.
Peratusan Masa 70 %

Tugas Utama ( B )
Memimpin atau membantu dalam tugas Kurikulum dan Kokurikulum berkaitan dengan mata pelajarannya.
Peratusan Masa 10 %

Tugas Utama ( C )
Melaksanakan tugas khusus bimbingan murid/pelajar serta peningkatan profesionalisma guru-guru di sekolahnya.
Peratusan Masa 10 %

Tugas Utama ( D )
Melaksanakan tugas-tugas khas yang diberi oleh PPD, Pengarah JPN, Pengarah Bahagian dengan restu KPPM.
Peratusan Masa 10 %

Konsep Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum murid / pelajarnya.

Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:

KECEMERLANGAN PERIBADI
KECEMERLANGAN PENGETAHUAN &KEMAHIRAN
KECEMERLANGAN KERJA
KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
KECEMERLANGAN POTENSI

Makna di sebalik logo MGC




G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M – Majlis – satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja.

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)